بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
assalamualaikum warahmatullah readers sekalian.,
maaf maaff!! XD minggu ni bizi sangat-sangat.. susah nak on9 xp
readers sekalian..
anda mesti tahu asma alhusna bukan?.
alhamdulillah..
readers sekalian..
anda mesti tahu asma alhusna bukan?.
alhamdulillah..
Kali ini saya nak kongsikan sifat Allah Maha Bijaksana @ al-Hakim..
Kebijaksanaan Allah terserlah pada segala ciptaannya yang beraneka rupa.Ada yang boleh dilihat seperti manusia , haiwan , tumbuh-tumbuhan , gunung-ganang dan bukit bukau. Dan, ada pula yang tidak dapat dilihat seperi malaikat dan jin .
Tanda - tanda Allah bersifat al-Hakim
Sebenarnya , bukti-bukti yang menunjukkan betapa Allah maha bijaksana amat banyak sekali kerana setiap makhluk di alam ini adalah lambang kebijaksanaan Allah. Antaranya ialah :
CAP JARI MANUSIA
Setiap manusia mempunyai cap jari tersendiri. Tidak ada orang yang mempunyai cap jari yang sama walaupun kembar . Cap jari ini kekal dan tidak berubah sepanjang hayat.
POHON & HAIWAN
Allah menciptakan air laut masin, manakala air sungai tawar . Walaupun bertemu air sungai tetap tawar dan tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut sama ada pada waktu pasang atau surut .
fiman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 53 yang bermaksud :
Dan dialah tuhan yang mengalirkan dua laut berdampingan yang satu tawar lagi menghilangkan dahaga , dan yang satu lagi masin lagi pahit , serta dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya.
Kesan beriman kepada "al-Hakim"
1. Bijak membahagikan masa dan menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.
2.Pandai menguruskan kerja mengikut keutamaan.
3.Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah.
4.Menggunakan nikmat akal untuk mencari keredhaan Allah .
Amalan yang bercanggahan dengan konsep "al-Hakim"
1. Menyalahgunakan nikmat akal untuk melakukan kejahatan.
2. Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan.
3. Malas berfikir dan tidak berusaha membuat perubahan ke arah kebajikan dan kemajuan.
4. Banyak berkhayal dan berangan-angan.
tenx 4 information.. ia sgt bergune utk sy..
ReplyDeleteCantik blog dan banyak memberi ilmu yang berguna. Terima kasih
ReplyDeletealhamdulillah :)
ReplyDeletehai
ReplyDeletesaya nak tahu apa maksud al-hakim
ReplyDeleteMaha bijak sana @khairul hafiz
ReplyDelete