Wednesday, November 23, 2011

5 tips tahan malu

  Assalamualaikum.. hye~ salam sejahtera. 

Meh-meh,.. Rina kongsikan kepada korang 5 tips untuk TAHAN MALU..
hahaha kalau korang rasa boleh guna,. guna la.. saya tak jamin 100% hehehe.. :D

1. Malu Kerana Bulu Hidung Keluar ~

aiseyy!.. Macam mana boleh terkeluar ni?? Depan ramai orang pulak tuu.. ayoyooo~,,
ahaha.. sabar sabar sabar.. ape kate korang buat-buat jatuh pastu cakap AUCH! sambil sebelah tangan gosokkan hidung and sebelah tangan lagi pegang dekat tempat yang sakit tu..haaa kan?.. hehe

2. Malu Kerana Pakai Baju Terbalik ~

haii.. cuainyaa macam mana boleh pakai baju terbalik nie??.. Dahla takde toilet kat situ?.. oke-oke..Kalau kawan korang tanya.. cakap je yang ni fesyen..ehehehe

3. Malu Kerana Salah Dial Number 0rang ~

haaaa tu laa lain kali slow-slow la dial nombor tu.. :) kan dah salah.. orang tu angkat pulak aiyoo~. Korang pandai-pandai la COVER cakap " Ni bukan Pak Sameon Kg. X ke? " bantai je nama orang.. haha.. pastu kalau dia cakap bukan.. korang mintak maap jela.. pastu tutup.. hah?.. kan dah settle?.. Jaga-jaga tau mana tahu yang korang dial tu orangnya betol-betol Pak Sameon?.. hahahaha

4. Malu Kerana Salah Langgar Orang ~

Debuk! bunyi.. Hah! Cepat-cepat korang cakap.. Pencuriiiiii!! Mana enkau nak lari haaaaaa?!.. pastu mintak maaf kat orang yang korang langgar tu . Cakap la tadi tengah kejar pencuri. Halang orang tu kalau dia pon turut nak kejar  cakap "Takpela Encik. Dah jauh dah."

5. Malu Terpijak Tahi ~

SPLAT! ewwwwwwwww!! Erghh ! Dah la ramai orang tengok.. Camne nii??.. TT__TT
haaaa.. kalau dah ada berdekatan dengan kedai kasut tuu.. Apakata tanggalkan saja dan berlakon dah putus / koyak / tumit patah,. pastu buang saja dan beli yang baru..muwahahahaha *ingat Aku orang kaye ke?!*
hehehe..
Okayla.. Camni... jangan panik.. Lari!!!!!!!!!!


"Setiap manusia ada sifat malu..itu menunjukkan anda normal.. :) "
ada korang nampak orang tak normal malu? ada? ada? kalau ada pon malu-malu kucing sebab nak mengorat korang latuuu.. hihihihiii..




No comments:

Post a Comment