Thursday, November 24, 2011

Novel dah sampai~

 Assalamualaikum.. hye dan babai~~..eh-eh.. dan Selamat Sejahtera laa...



aha~ aha~ yeah~ yeah~..
-Rinaaaa!! gilaaa ke? -..
. eh eh..mana ada?. tak da pon?.. korang apa tahu.. Novel yang saya order dah sampai mesti la happy heheee~ .. Sebenarnya kelmarin dah sampai..saja baru cakap.. :) Kasi surprise..
Surprise tak? surprise tak?! Surprise takkkk?!!!
hehe..
best sangat tau novel ni.. yelaa bukan duit saya pon.. duit mak saudara..  kira tolong baca la ni.. hehe.. meh kasi intro sikit mana tau..korang pon nak baca kan.. ;)
tanpa membuang air keeil  masa baca la ye? ..

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.



*******************************************************************


haaaaa haaaa.. ape?.. bestt?.. memang..HAHA.. tak best?.. apesal pulak? lain orang lain pendapat!..okeeee laaa.. -_____-"


No comments:

Post a Comment