Monday, December 26, 2011

ibu


Hebatnya Seorang Ibu

Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori

Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.

Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri. 

Kini, Kisah Sebuah Realiti

Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.

Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi. 

[penghargaan]

Sunday, December 25, 2011

Random Quotes =)

Hari ini Rina nak kongsikan kepada semua Quotes-quotes ni.. Kopipes je ni tau.. untuk tatapan kita semua :D

Sabda Nabi SAW :

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” 

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

         * * * * * * * * * * * * *
"....Sentiasa muhasabah diri, lupa untuk memuhasabah diri menyebabkan semakin kurang sifat khusyuk pada Allah.."


Ustazah Norhafizah Musa at Ikim.Fm
          * * * * * * * * * * * * *


"Aurat diawasi,pergaulan dibatasi
solat pengikat diri,Al-Quran teman b'erti
iman pendinding hati,
senyuman penyeri,sifat malu menyinaRi
itulah muslimah sejati..."(^_^)

          * * * * * * * * * * * * *




✿Hidup ibarat jalan sehala..
✿Kematian menanti dihujungnya..
✿Jadi berhatilah jejak masa..
✿Jangan biarkan hati jadi mati..
✿Lalu tenggelam dilautan dosa..
✿Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi
✿Kasih ALLAH tiada bertepi, Sayang ALLAH janjiNya pasti...

* * * * * * * * * * * * *


"Takutlah kamu kepada dosa disaat kamu sendirian, disaat itulah dirimu adalah saksimu juga hakimmu."

- Saidina Ali R.A.


* * * * * * * * * * * * *

♥:JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN,
(¯`♥ biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN,
(¯`♥ mengalirlah ia dengan KEJUJURAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI,
(¯`♥ warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN,
(¯`♥ sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN..,
:♥:JIKA HATI DILUKAI,
(¯`♥ sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN…,


* * * * * * * * * * * * *

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustazah ataupun alim♥
♥ Dgn menasihati orang lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah sebaik-baik manusia♥
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti yang lain♥
♥ Cuma ingin berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu♥
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2 yang lain, supaya menjadi lebih baik♥


* * * * * * * * * * * * *


Monday, December 12, 2011

NGERI :O

Assalamualaikum w.b.t  
Firstly, Alhamdulillah sebab dah dapat beli selipar crocs yang saya nak. Oke nie sebab terIkut-ikut dengan kakak ..Dia cakap selesa,.. So,. try la jugak sekali "baham selipar dia" muahahaha,
Eh?. Selesa jugak.. hohoho ..
*tak lebih tak kurang, macam ni la rupa dia*
p/s : gamba nie mr.google punya

Berbalik pada tajuk..
Ha,.. tengah syok cari selipar crocs yang sama ngan Rina punya terjumpa la satu link ini..
geeedapamely punyer.. dan inila CREDITS untuk malam ni...
Meh Rina sharekan serba sedikit :
boleh kan  :)



p/s : dah siap amaran tu..tak ikot lagi tak tahu la


p/s : erk.. 

p/s : maaaaaaak!


Meh Rina terangkan sikit.. ESKALATOR tu kan elekterik so getah serap elektrik dan melekat..
"rasanya macam nie lah"..

Jadi,, kepada siapa yang NAK JUGAK PAKAI "macam saya :D " janganlah bawak naik eskalator hohoho..
nasib la tak leh pakai pegi Giant..XD

Sunday, December 11, 2011

gembira . takut . gatal

assalamualaikum w.b.t :)

Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lepas.. *masih ada kesannya lagi*masa nie papa -my dad- suruh kaut rumput di halaman rumah setelah beliau siap potong rumput tu. Without further delay  Tanpa membuang masa, terus la pergi bantu ... 
jeeeeenngg! jenggggg! jeeeeeeeeeeeeng!!
 segalanya bermuala disini.























tengah seronok-seronok kaut rumput :)


dah kumpulkan.. banyak! dan besar-besar lagi ;O


Adek Rina yang bongsu pon menghulurkan tangan * menolong * Rina.. -eless rajin pulak budak nih.-


Tiba-tibaaaa,.
 
*rumah jiran sebelah*

Masa tu terkejut beruk Rina tengok dekat belakang ada labah-labah.. hahaha.. ( I hate insects )
Alhamdulillah lah ia bukan ada berdekatan, = =



 
*rupa labah-labah tu bukan macam ni*

Dan sejurus kemudian, Rina pon sambung la kerja balik.. :3



Dan tiba-tiba lagi,..
tepijak pulak sarang semut merahh!  habis digigitnya kaki Rina.. -_-
Rina pon terus lari dari situ , buang semua semut-semut itu semua. *KILL*


*lebih kurang macam ni la muka masa tu*


nasiblah my brother tolong campakkan selipar Rina tu dekat dinding
bagi membuang semut di selipar.. 

Thanks a billioner along :D

Pastu, masuk rumah terus letak ubat.. hehehe

Banyak cobaan betul. Tapi tak apa akhirnya botak
licin jugak rumput-rumput di halaman huhuhu..


Tuesday, December 6, 2011

Mengantuknyaa!~

Assalamualaikum w.b.t


Korang rasa mengantuk tak?..
nak tau tak apa puncanya?..
.
.
.
.
.
.
1. Terlalu Fokus 
Korang tau tak kalau kita terlalu fokus semasa membaca, memandu atau tengok skrin komputer / laptop..mata korang akan bekerja lebih keran..sian mereka. hehe.. take a rest jap eh..
tengok tumbuhan hijau baru sambung balik :)

2.Masalah Mata 
Orang yang ada masalah mata pon salah satu sebabnya. macam rabun ke.. baik korang jumpa pakar..

3.Cahaya
Bermain dalam gelap / terlalu cerah menyebabkan otot sphincter dan dilantory bekerja secara berlebihan!.

4.Kerja Lebih Masa = Penat
Cara untuk merehatkan mata bukannya dengan tengok tv,main fesbuk,sms atau sebagainya. Korang tau tak dengan ini mata korang akan bekerja lebih masa?..

5.Jarang Berkelip
* bukan untuk menjual minyak "urat" oke?? *
Kalau korang jarang berkelip, mata korang akan kekeringan tau!.


6. Tak Tidor
Urgh.. Bad Habit..
Apa yang bestnye tak tidor?. tidor best tau.. siap boleh mimpi-mimpi lagi..ahahaha

sekiaan, TQ.
credits,iluvislam.com

KHATAM QURAN DLM SEBULAN

Assalamualaikumm w.b.t

Hari ini dan semalam Rina dah puasa.. korang puasa tak?.. puasa?.. baguss Good! :D Korang tau tak puasa pada bulan Muharram ni.. kita akan diampunkan dosa-dosa pada tahun yang lepas.. InsyaAllah .. 
okay semalamnya puasa tak Sahur pon..tapi Alhamdulillah boleh jugak bertahan sampai waktu berbuka..hehehe.. hari ini Alhamdulillah jugak sekali lagi Rina dah KHATAM Al-Quran..hehe..lagi satu nak share dengan korang satu tips macam mana nak khatam 1 bulan je.. camnie..
.
.
.
1 hari korang baca dalam 20 m/s..
20+  m/s = 1 juz
nak senang.. kan ada 5 waktu..so,
20 / 5 = 4 kan..
maknanya.. 1 waktu 4 m/s..
jadi.. cukupla 20 :)
jadi boleh la korang khatam 12 kali setahun ..
.
.
.
.
kannn??... hehehe..
okeylah sekian sahaja untuk malaam ini :D