Sunday, January 22, 2012

Antara Rasul dan artis

blogger-emoticon.blogspot.com.. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ blogger-emoticon.blogspot.com

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian.

Saya tertarik dengan post dr.cinta yang ini ..Subhanallah.. :face59: .. cuba tanya diri kita

A.
(1) Bilakah tarikh Rasulullah lahir?
(2) Apakah halangan Rasulullah semasa menyampaikan dakwah?
(3) Berapa orang anak dan isteri yang Rasulullah punya?
(4) Sebutkan nama-nama ahli keluarga Rasulullah.
(5) Benarkah kita sayang kepada Rasulullah?


Dan ini..

B.
(1) Siapakah Siti Norhaliza?
(2) Apakah nama suaminya?
(3) Siapa Super Junior..Beast...?
(4) Sebutkan nama-nama ahli kumpulan artis korea tersebut.
(5) ... .. ?

:face32:

“Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya” (Muttafaqun ‘alaih)

kenapa nak mengagungkan orang lain?..

Kecintaan kepada dunia-dunia khayalan membuatkan kita terlupa untuk mencintai sirah-sirah Nabi...

tanya budak-budak sekarang.. siapa barbie?.. ben10? benteng?. (erk.. tetibe) dan segala cerita fairytale... tanya pulak.. *rujuk A.*

Semasa sekolah memang kita belajar.. tetapi hanya untuk periksa ... ramai manakah yang dalam A dan amalkan apa yang dibelajar dengan yang dapat A tetapi selepas periksa hilang semua yang dibelajar..

kenapa jadi macam tu?..

baik.. start from now.. belajar lah.. timbalah ilmu kerana Allah..

“Manusia yang bakhil (kikir) itu ialah orang yang disebut namaku disisinya tetapi dia tidak mengucapkan selawat padaku.” (Riwayat at-Tirmidzi)

ya bagi orang yang solat pasti selalu berselawat kalau yang tak solat@tak boleh pulak? ingatkah kita kepada baginda?



nota kaki : kuatkan cinta kita kepada Allah dan Rasul . pentingkanlah akhirat dari dunia yang sementara ini...

Thursday, January 5, 2012

Faedah Ayat Kursi

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka insyaAllah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, insyaAllah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Wednesday, January 4, 2012

tip memutihkan pakaian


.. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian..


Terjumpa la website nie.. banyak tip-tips dia bagi.. Nak try la... maklumla baju sekolah memang selalu kotor.. hehehe.. antara tips-tips tu :

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

 Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Sekiann :)

Tuesday, January 3, 2012

wuduk



  .. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian..
Di kala malam yang sepi ni..
Saya nak kongsikan kepada anda tentang faedah berwuduk .. orang yang berwuduk ni sentiasa berada dalam keadaan yang bersih . Tanpa wuduk kita tak boleh mengerjakan solat. Sebagaimana dalam surah.. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali "...  - (Surah Al-Maa’idah: 6)

 Ni satu kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan Bilal bin Rabah.Suatu hari Rasulullah berkata kepada Bilal bahawa baginda mendengar bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga.Baginda bertanya kepada Bilal apa yang telah dia lakukan.Bilal berkata jika dia terbatal air sembahyang @ wuduk dia akan mengambil kembali wuduk . Dan jika terbatal lagi..Dia mengambil lagi wuduk dan begitulah seterusnya. = Ustz Don =


haa,.. best tuu masuk Syurga :)


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))


One more ::


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

 Malam ni ringkas saja sebab tengah bizi belajar .. sekian wassalam :D

Sunday, January 1, 2012

new year @ school start

....بسم الله الرحمن الرحيم 

 In the name of Allah, the beneficent the merciful
Assalamualaikumm w.b.t..

sekejap je mase berlalu.. kelmarin bangun awal..siap-siap..pergi daftar sekolah..blablabla..then siap daftar ...tolong cikgu Mastura bagi buku teks kat budak-budak junior.. ting1.. fuhh letih gak.. tapi daripada duduk lepak..tak buat pape..bosan gak kan.?..lagipun dapat la kenal ibubapa dorang..baik-baik je..okay bukan aku sorang je ..my fwen pon.. majlis pendaftaran mula pada 8:30..lepas habis je daftar dah boleh balik..tapi oleh kerana my aunty ade kerja and we pon tengah bizi.. dalam pkul 1.00 ptg lebih jugak sampai rumah..pastu pegi beli buku dekat psi .. pastu balik rumah.. lupa nak cerita.. memang boleh tahan malu jugak semalam kat sekolah punya koop.. me bayar buku terus keluar..tak ambik change.. lupee..--' ramai jugak yang nampak..nampak sangat excited dapat buku.. haha..dorang tengok bantai gelak and ada jugak yang ingat me ni kaya sangat kot..duit pon lupa..whoops.. no no no.. u are reallyyy wrong.. duit tu pon bukan aku punyeer .. pinjam ngan geng .. sebab lupa 'lagi' bawak.. haha nyanyuk gilaaa.. DX .. dak tak boleh main-main lagi dah.. taun depan nak PMR.. wish me luck ok?.insyaAllah boleh ..amin :)
  
--------------------- okay cukup lah tu pasal sekolah ----------------------

then, muhasabah diri ok.. tengok dosa-dosa kita tahun lepas-lepas.. dah insaf ke belom?.. sembahyang,..cukup 5 waktu?..khusyuk?.. so tahun ni mesti lebih baik dari sebelumnya ok?..tiada orang lain yang boleh mengubah diri kita selain kita sendiri.. check diri kita tu.. 
selagi matahari belum terbit di barat n terbenam di timur..pintu taubat sentiasa terbuka..bila?.. hanya Allah yang tahu.. jangan masa ni baru nak taubat la.. apa la..

"berjaya di dunia, tetapi jika kita lupa Allah, hidup tidak bermakna. Biarpun harta menimbun-nimbun, namun, jika hati tidak rindu pada Allah, sayang sekali. Berjaya sampai tinggi mana pun, if tak ingat kat Allah, seriesly tiada kebahagiaan yang sebenar-benarnya." dr.cinta
ingat tak.. sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak  hadir maka, tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran -hadis riwayat ibnu majah..
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (az-Zariyat:56) 
# pesanan untuk diri sendiri jugak n korang semua..