Tuesday, January 3, 2012

wuduk



  .. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian..
Di kala malam yang sepi ni..
Saya nak kongsikan kepada anda tentang faedah berwuduk .. orang yang berwuduk ni sentiasa berada dalam keadaan yang bersih . Tanpa wuduk kita tak boleh mengerjakan solat. Sebagaimana dalam surah.. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali "...  - (Surah Al-Maa’idah: 6)

 Ni satu kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan Bilal bin Rabah.Suatu hari Rasulullah berkata kepada Bilal bahawa baginda mendengar bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga.Baginda bertanya kepada Bilal apa yang telah dia lakukan.Bilal berkata jika dia terbatal air sembahyang @ wuduk dia akan mengambil kembali wuduk . Dan jika terbatal lagi..Dia mengambil lagi wuduk dan begitulah seterusnya. = Ustz Don =


haa,.. best tuu masuk Syurga :)


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))


One more ::


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

 Malam ni ringkas saja sebab tengah bizi belajar .. sekian wassalam :D

2 comments: