Sunday, January 22, 2012

Antara Rasul dan artis

blogger-emoticon.blogspot.com.. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ blogger-emoticon.blogspot.com

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian.

Saya tertarik dengan post dr.cinta yang ini ..Subhanallah.. :face59: .. cuba tanya diri kita

A.
(1) Bilakah tarikh Rasulullah lahir?
(2) Apakah halangan Rasulullah semasa menyampaikan dakwah?
(3) Berapa orang anak dan isteri yang Rasulullah punya?
(4) Sebutkan nama-nama ahli keluarga Rasulullah.
(5) Benarkah kita sayang kepada Rasulullah?


Dan ini..

B.
(1) Siapakah Siti Norhaliza?
(2) Apakah nama suaminya?
(3) Siapa Super Junior..Beast...?
(4) Sebutkan nama-nama ahli kumpulan artis korea tersebut.
(5) ... .. ?

:face32:

“Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya” (Muttafaqun ‘alaih)

kenapa nak mengagungkan orang lain?..

Kecintaan kepada dunia-dunia khayalan membuatkan kita terlupa untuk mencintai sirah-sirah Nabi...

tanya budak-budak sekarang.. siapa barbie?.. ben10? benteng?. (erk.. tetibe) dan segala cerita fairytale... tanya pulak.. *rujuk A.*

Semasa sekolah memang kita belajar.. tetapi hanya untuk periksa ... ramai manakah yang dalam A dan amalkan apa yang dibelajar dengan yang dapat A tetapi selepas periksa hilang semua yang dibelajar..

kenapa jadi macam tu?..

baik.. start from now.. belajar lah.. timbalah ilmu kerana Allah..

“Manusia yang bakhil (kikir) itu ialah orang yang disebut namaku disisinya tetapi dia tidak mengucapkan selawat padaku.” (Riwayat at-Tirmidzi)

ya bagi orang yang solat pasti selalu berselawat kalau yang tak solat@tak boleh pulak? ingatkah kita kepada baginda?



nota kaki : kuatkan cinta kita kepada Allah dan Rasul . pentingkanlah akhirat dari dunia yang sementara ini...

No comments:

Post a Comment