Monday, September 17, 2012

Dialog Hangat!

Sebenarnya dialog ini dalam bahasa Indonesia.. Jadi supaya semua orang boleh membaca dengan teliti dan faham,. saya tukarkan dialog ini kepada Bahasa Melayu Standard..

So, Lets check it ouuuut~

Fulanah 1 : " Ukhty sudah menikah?

Fulanah 2 : "belum ukhty... ^_^



Fulanah 1 : "Sudah bertunangan kan?

Fulanah 2 : "Belum juga ukhty... ^_^

Fulanah 1 : "Sebenarnya umur anti berapa?

Fulanah 2 : "23tahun ukht... ^_^

Fulanah 1 : "Tapi sudah ada calon kan?

Fulanah 2 : "InsyaAllah sudah ada calon...

Fulanah 1 : "ouhh.. baguslah kalau begitu, jadi sudah PASTI ada yang di harapkan, hari-hari ukhty tidak sedih karana ada yg memperhatikan, ada yang menghibur jikalau sedih, ada teman berbual, jadi tidak boring, kalau belum punya calon susah nanti. Orang mana ukht, siapa namanya? umur berapa? kerja apa ukht?? bila mahu menikah?

Fulanah 2 : " Dia orang mana, namanya siapa, umurnya berapa, apa pekerjaanya, dan bila kami menikah saya tidak tahu ukht, karana Allah masih merahsiakan keberadaannya dariku, saya tidak berasa susah karana setiap manusia di ciptakan berpasangan bukan?? itu bererti saya sudah mempunyai calon kan?? hari-hari saya tidak akan sepi dan juga boring karana saya mempunyai banyak sahabat@kenalan yang selalu hadir menghibur dan menasihati, bukankah jika kita mempunya kekasih kita akan bergantung kepadanya, kenapa? pastinya kita akan berasa boring kalau tidak ditemani atau dihibur oleh dia.

Akibatnya, saudara,orang tua dan sahabat malah diri kita tidak kita peduli. Saya juga tidak berasa sedih karana tidak ada yang memperhatikan, malah saya sangat bahagia kerana ada yang memperhatikan saya 24jam, tak pernah, lengah atau tertidur, ya !! Dia lah Allah KEKASIH tertinggi yang Maha Memperhatikan."

Fulanah 1 : " Tapi.. kalau begitu bukankah anti jadi berharap pada sesuatu yang masih dalam khayalan?? berharap pada sesuatu yang masih belum pasti??

Fulanah 2 : " Tentu saja tidak ukhty... Bukankah Allah sudah menetapkan masing-masing jodoh kita?? bukankah janji Allah itu pasti?? Lagi pula aku lebih bersyukur jika Allah masih menunda kedatangannya padaku ukhty.. karana aku memang belum boleh menerima kehadirannya, jika dia dan cintanya menyapaku sekarang, itu hanya akan membuatku terseksa ukhty, karana masih jauh jangkauan kami untuk menghalalkan cinta kami, dan jika cinta itu datang pada saat yang belum tepat, aku takut syaitan mengambil kesempatan emas dari cinta itu untuk menggoyahkan iman kami ukhty,aku berharap Allah mempertemukan kami nanti, di saat yang tepat.. saat tidak ada lagi alasan yang menghalangiku untuk menyempurnakan sunnah Rasulullah ini. "

Jadi sekarang tidak perlu berkhawatir lagi ya ukhty sayang... Apakata sekarang kita fokus memperbaiki diri, meningkatkan ketaqwaan kita.. agar kita menjadi bidadari kepada seorang lelaki soleh yang akan menuntun kita menuju syurga bersamanya, amin ya Robbal Alamin...


Barokallahu fiikum ^___^


credit to mr.google
"Mungkin kebaikan itu tidak terletak pada orang yang kita pilih , tetapi terletak pada jalan yang kita pilih, atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasan kita menerima kehendak Allah, Sang Kekasih Tertinggi Pemilik Cinta Hakiki"

Friday, April 6, 2012

Allah bersifat Al-Hakim



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
assalamualaikum warahmatullah readers sekalian.,
maaf maaff!! XD minggu ni bizi sangat-sangat.. susah nak on9 xp blogger-emoticon.blogspot.com

readers sekalian..

anda mesti tahu asma alhusna bukan?.
alhamdulillah..
Kali ini saya nak kongsikan sifat Allah Maha Bijaksana @ al-Hakim..

Kebijaksanaan Allah terserlah pada segala ciptaannya yang beraneka rupa.Ada yang boleh dilihat seperti manusia , haiwan , tumbuh-tumbuhan , gunung-ganang dan bukit bukau. Dan, ada pula yang tidak dapat dilihat seperi malaikat dan jin .

:86: Tanda - tanda Allah bersifat al-Hakim

Sebenarnya , bukti-bukti yang menunjukkan betapa Allah maha bijaksana amat banyak sekali kerana setiap makhluk di alam ini adalah lambang kebijaksanaan Allah. Antaranya ialah :
:34: CAP JARI MANUSIA
Setiap manusia mempunyai cap jari tersendiri. Tidak ada orang yang mempunyai cap jari yang sama walaupun kembar . Cap jari ini kekal dan tidak berubah sepanjang hayat.



:34: POHON & HAIWAN


:34: PENCIPTAAN LAUT DAN SUNGAI



Allah menciptakan air laut masin, manakala air sungai tawar . Walaupun bertemu air sungai tetap tawar dan tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut sama ada pada waktu pasang atau surut .

fiman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 53 yang bermaksud :

Dan dialah tuhan yang mengalirkan dua laut berdampingan yang satu tawar lagi menghilangkan dahaga , dan yang satu lagi masin lagi pahit , serta dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya.

:86:Kesan beriman kepada "al-Hakim"

1. Bijak membahagikan masa dan menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.
2.Pandai menguruskan kerja mengikut keutamaan.
3.Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah.
4.Menggunakan nikmat akal untuk mencari keredhaan Allah .

:30: Amalan yang bercanggahan dengan konsep "al-Hakim"

1. Menyalahgunakan nikmat akal untuk melakukan kejahatan.
2. Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan.
3. Malas berfikir dan tidak berusaha membuat perubahan ke arah kebajikan dan kemajuan.
4. Banyak berkhayal dan berangan-angan.


Thursday, March 15, 2012


Assalamualaikum warahmatullah :D :h:

so seperti yang anda tengok .. hehe da ada fb button like !!
alhamdulillah ikut tutorial *kak lyssa* mmg best simple je..
( yang nak follow tuto tu jangan lupa tick expand widget :) )

-----

Semalam pegi jalan-jalan with aunties ngan mama kat bandar KT..letih woo kitorang start pkul 9 pegi kat tempat ukur *buat jubah* untuk raya .. okay memang awal hahaha ..tapi takpe kan..first time amek upah kat situ.. tengok orang lain pkai baju yang dia jahit canteks je.. rancang nak buat pattern yang kain chiffon jarang kat luar yang bunga-bunga yang tebal kat dalam ..pastu belah kat tepi.. okay tak? xD ..then ke gerai makan ..breakfast dulu me order air milo ais and mee hoon sup ..after that, ke gemilang textile cari kain .. dia banyak yang sepasang *4 metre* dari yang biasa (gulung-gulung) so tak banyak sangat pilihan dia.. nasib baik ada pilihan hehe.. purple!!.. tp chiffon dye merah..xP.. mama pulak putih+hitam : jubah maxie : .. pastu beli jibab adik kaler putih dia cakap senang nak pakai pergi sekolah takyah lipat-lipat sarung je.. pastu pergi ke dewandas untuk cari kain jubah ke dua mama .. cari punya cari then jumpa! wuhoo berkenan suda siap dengan kain chiffon.. kekeke..
sebab dah zohor kitorang pegi sembahyang kat masjid putih


lepas tu kitorang pegi kedai kuih ... kuih dah banyak habis.. lepas tu singgah kat gerai ABC.. yums.. *walaupun tak abis*.. hehehe.. oke dah la tu .. tak ade idea dah nak menulis.. =_=
okei lah ..

Wassalam :)

Thursday, March 8, 2012

post 2 in 1..

Assalamualaikum w.b.t readers :)


lama gila kan tak berblogging..

kali ni me nak share

1. (walaupun dah lama and ramai orang tahu but tak salah kalau ulang kan ? :D )

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum..
Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang?..

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut,
ternyata....dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yg dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2)

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung.


-Subhanallah, itulah rahsianya .



2.


dekat fesbuk kan ada group yang bermanfaat untuk korang lawati setiap hari antaranya ~~

a. page kata2 hikmah

oh-oh dan korang boleh join group ni lau korang nak

Sunday, January 22, 2012

Antara Rasul dan artis

blogger-emoticon.blogspot.com.. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ blogger-emoticon.blogspot.com

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian.

Saya tertarik dengan post dr.cinta yang ini ..Subhanallah.. :face59: .. cuba tanya diri kita

A.
(1) Bilakah tarikh Rasulullah lahir?
(2) Apakah halangan Rasulullah semasa menyampaikan dakwah?
(3) Berapa orang anak dan isteri yang Rasulullah punya?
(4) Sebutkan nama-nama ahli keluarga Rasulullah.
(5) Benarkah kita sayang kepada Rasulullah?


Dan ini..

B.
(1) Siapakah Siti Norhaliza?
(2) Apakah nama suaminya?
(3) Siapa Super Junior..Beast...?
(4) Sebutkan nama-nama ahli kumpulan artis korea tersebut.
(5) ... .. ?

:face32:

“Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya” (Muttafaqun ‘alaih)

kenapa nak mengagungkan orang lain?..

Kecintaan kepada dunia-dunia khayalan membuatkan kita terlupa untuk mencintai sirah-sirah Nabi...

tanya budak-budak sekarang.. siapa barbie?.. ben10? benteng?. (erk.. tetibe) dan segala cerita fairytale... tanya pulak.. *rujuk A.*

Semasa sekolah memang kita belajar.. tetapi hanya untuk periksa ... ramai manakah yang dalam A dan amalkan apa yang dibelajar dengan yang dapat A tetapi selepas periksa hilang semua yang dibelajar..

kenapa jadi macam tu?..

baik.. start from now.. belajar lah.. timbalah ilmu kerana Allah..

“Manusia yang bakhil (kikir) itu ialah orang yang disebut namaku disisinya tetapi dia tidak mengucapkan selawat padaku.” (Riwayat at-Tirmidzi)

ya bagi orang yang solat pasti selalu berselawat kalau yang tak solat@tak boleh pulak? ingatkah kita kepada baginda?



nota kaki : kuatkan cinta kita kepada Allah dan Rasul . pentingkanlah akhirat dari dunia yang sementara ini...

Thursday, January 5, 2012

Faedah Ayat Kursi

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka insyaAllah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, insyaAllah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Wednesday, January 4, 2012

tip memutihkan pakaian


.. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian..


Terjumpa la website nie.. banyak tip-tips dia bagi.. Nak try la... maklumla baju sekolah memang selalu kotor.. hehehe.. antara tips-tips tu :

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

 Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Sekiann :)

Tuesday, January 3, 2012

wuduk



  .. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca sekalian..
Di kala malam yang sepi ni..
Saya nak kongsikan kepada anda tentang faedah berwuduk .. orang yang berwuduk ni sentiasa berada dalam keadaan yang bersih . Tanpa wuduk kita tak boleh mengerjakan solat. Sebagaimana dalam surah.. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali "...  - (Surah Al-Maa’idah: 6)

 Ni satu kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan Bilal bin Rabah.Suatu hari Rasulullah berkata kepada Bilal bahawa baginda mendengar bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga.Baginda bertanya kepada Bilal apa yang telah dia lakukan.Bilal berkata jika dia terbatal air sembahyang @ wuduk dia akan mengambil kembali wuduk . Dan jika terbatal lagi..Dia mengambil lagi wuduk dan begitulah seterusnya. = Ustz Don =


haa,.. best tuu masuk Syurga :)


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))


One more ::


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

 Malam ni ringkas saja sebab tengah bizi belajar .. sekian wassalam :D

Sunday, January 1, 2012

new year @ school start

....بسم الله الرحمن الرحيم 

 In the name of Allah, the beneficent the merciful
Assalamualaikumm w.b.t..

sekejap je mase berlalu.. kelmarin bangun awal..siap-siap..pergi daftar sekolah..blablabla..then siap daftar ...tolong cikgu Mastura bagi buku teks kat budak-budak junior.. ting1.. fuhh letih gak.. tapi daripada duduk lepak..tak buat pape..bosan gak kan.?..lagipun dapat la kenal ibubapa dorang..baik-baik je..okay bukan aku sorang je ..my fwen pon.. majlis pendaftaran mula pada 8:30..lepas habis je daftar dah boleh balik..tapi oleh kerana my aunty ade kerja and we pon tengah bizi.. dalam pkul 1.00 ptg lebih jugak sampai rumah..pastu pegi beli buku dekat psi .. pastu balik rumah.. lupa nak cerita.. memang boleh tahan malu jugak semalam kat sekolah punya koop.. me bayar buku terus keluar..tak ambik change.. lupee..--' ramai jugak yang nampak..nampak sangat excited dapat buku.. haha..dorang tengok bantai gelak and ada jugak yang ingat me ni kaya sangat kot..duit pon lupa..whoops.. no no no.. u are reallyyy wrong.. duit tu pon bukan aku punyeer .. pinjam ngan geng .. sebab lupa 'lagi' bawak.. haha nyanyuk gilaaa.. DX .. dak tak boleh main-main lagi dah.. taun depan nak PMR.. wish me luck ok?.insyaAllah boleh ..amin :)
  
--------------------- okay cukup lah tu pasal sekolah ----------------------

then, muhasabah diri ok.. tengok dosa-dosa kita tahun lepas-lepas.. dah insaf ke belom?.. sembahyang,..cukup 5 waktu?..khusyuk?.. so tahun ni mesti lebih baik dari sebelumnya ok?..tiada orang lain yang boleh mengubah diri kita selain kita sendiri.. check diri kita tu.. 
selagi matahari belum terbit di barat n terbenam di timur..pintu taubat sentiasa terbuka..bila?.. hanya Allah yang tahu.. jangan masa ni baru nak taubat la.. apa la..

"berjaya di dunia, tetapi jika kita lupa Allah, hidup tidak bermakna. Biarpun harta menimbun-nimbun, namun, jika hati tidak rindu pada Allah, sayang sekali. Berjaya sampai tinggi mana pun, if tak ingat kat Allah, seriesly tiada kebahagiaan yang sebenar-benarnya." dr.cinta
ingat tak.. sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak  hadir maka, tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran -hadis riwayat ibnu majah..
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (az-Zariyat:56) 
# pesanan untuk diri sendiri jugak n korang semua..