Monday, December 26, 2011
ibu
Hebatnya Seorang Ibu
Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?
Dulu, Kisah sebuah memori
Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.
Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.
Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.
Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...
Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.
Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.
Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.
Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.
Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.
Kini, Kisah Sebuah Realiti
Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.
Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.
Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.
[penghargaan]
Sunday, December 25, 2011
Random Quotes =)
Hari ini Rina nak kongsikan kepada semua Quotes-quotes ni.. Kopipes je ni tau.. untuk tatapan kita semua :D
Sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
* * * * * * * * * * * * *
"....Sentiasa muhasabah diri, lupa untuk memuhasabah diri menyebabkan semakin kurang sifat khusyuk pada Allah.."
Ustazah Norhafizah Musa at Ikim.Fm
* * * * * * * * * * * * *
"Aurat diawasi,pergaulan dibatasi
solat pengikat diri,Al-Quran teman b'erti
iman pendinding hati,
senyuman penyeri,sifat malu menyinaRi
itulah muslimah sejati..."(^_^)
* * * * * * * * * * * * *
✿Kematian menanti dihujungnya..
✿Jadi berhatilah jejak masa..
✿Jangan biarkan hati jadi mati..
✿Lalu tenggelam dilautan dosa..
✿Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi
✿Kasih ALLAH tiada bertepi, Sayang ALLAH janjiNya pasti...
* * * * * * * * * * * * *
"Takutlah kamu kepada dosa disaat kamu sendirian, disaat itulah dirimu adalah saksimu juga hakimmu."
- Saidina Ali R.A.
♥:JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN,
(¯`♥ biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN,
(¯`♥ mengalirlah ia dengan KEJUJURAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI,
(¯`♥ warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN,
(¯`♥ sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN..,
:♥:JIKA HATI DILUKAI,
(¯`♥ sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN…,

♥ Dgn mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustazah ataupun alim♥
♥ Dgn menasihati orang lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah sebaik-baik manusia♥
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti yang lain♥
♥ Cuma ingin berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu♥
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2 yang lain, supaya menjadi lebih baik♥
♥ Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti yang lain♥
♥ Cuma ingin berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu♥
♥ Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2 yang lain, supaya menjadi lebih baik♥
* * * * * * * * * * * * *
Monday, December 12, 2011
NGERI :O
Assalamualaikum w.b.t
Firstly, Alhamdulillah sebab dah dapat beli selipar crocs yang saya nak. Oke nie sebab terIkut-ikut dengan kakak ..Dia cakap selesa,.. So,. try la jugak sekali "baham selipar dia" muahahaha,
Eh?. Selesa jugak.. hohoho ..
*tak lebih tak kurang, macam ni la rupa dia*
p/s : gamba nie mr.google punya
Berbalik pada tajuk..
Ha,.. tengah syok cari selipar crocs yang sama ngan Rina punya terjumpa la satu link ini..
geeedapamely punyer.. dan inila CREDITS untuk malam ni...
Meh Rina sharekan serba sedikit :
boleh kan :)
boleh kan :)
p/s : dah siap amaran tu..tak ikot lagi tak tahu la
p/s : erk..
Meh Rina terangkan sikit.. ESKALATOR tu kan elekterik so getah serap elektrik dan melekat..
"rasanya macam nie lah"..
Jadi,, kepada siapa yang NAK JUGAK PAKAI "macam saya :D " janganlah bawak naik eskalator hohoho..
nasib la tak leh pakai pegi Giant..XD
Sunday, December 11, 2011
gembira . takut . gatal
assalamualaikum w.b.t :)
Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lepas.. *masih ada kesannya lagi*masa nie papa -my dad- suruh kaut rumput di halaman rumah setelah beliau siap potong rumput tu. Without further delay Tanpa membuang masa, terus la pergi bantu ...
jeeeeenngg! jenggggg! jeeeeeeeeeeeeng!!
segalanya bermuala disini.
tengah seronok-seronok kaut rumput :)
dah kumpulkan.. banyak! dan besar-besar lagi ;O
Adek Rina yang bongsu pon menghulurkan tangan * menolong * Rina.. -eless rajin pulak budak nih.-
Tiba-tibaaaa,.
*rumah jiran sebelah*
Masa tu terkejut beruk Rina tengok dekat belakang ada labah-labah.. hahaha.. ( I hate insects )
Alhamdulillah lah ia bukan ada berdekatan, = =
*rupa labah-labah tu bukan macam ni*
Dan sejurus kemudian, Rina pon sambung la kerja balik.. :3
Dan tiba-tiba lagi,..
tepijak pulak sarang semut merahh! habis digigitnya kaki Rina.. -_-
Rina pon terus lari dari situ , buang semua semut-semut itu semua. *KILL*
*lebih kurang macam ni la muka masa tu*
nasiblah my brother tolong campakkan selipar Rina tu dekat dinding
bagi membuang semut di selipar..
Thanks a billioner along :D
Pastu, masuk rumah terus letak ubat.. hehehe
Banyak cobaan betul. Tapi tak apa akhirnya botak
licin jugak rumput-rumput di halaman huhuhu..
Friday, December 9, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Mengantuknyaa!~
Assalamualaikum w.b.t
Korang rasa mengantuk tak?..
nak tau tak apa puncanya?..
.
.
.
.
.
.
1. Terlalu Fokus
Korang tau tak kalau kita terlalu fokus semasa membaca, memandu atau tengok skrin komputer / laptop..mata korang akan bekerja lebih keran..sian mereka. hehe.. take a rest jap eh..
tengok tumbuhan hijau baru sambung balik :)
2.Masalah Mata
Orang yang ada masalah mata pon salah satu sebabnya. macam rabun ke.. baik korang jumpa pakar..
3.Cahaya
Bermain dalam gelap / terlalu cerah menyebabkan otot sphincter dan dilantory bekerja secara berlebihan!.
4.Kerja Lebih Masa = Penat
Cara untuk merehatkan mata bukannya dengan tengok tv,main fesbuk,sms atau sebagainya. Korang tau tak dengan ini mata korang akan bekerja lebih masa?..
5.Jarang Berkelip
* bukan untuk menjual minyak "urat" oke?? *
Kalau korang jarang berkelip, mata korang akan kekeringan tau!.
6. Tak Tidor
Urgh.. Bad Habit..
Apa yang bestnye tak tidor?. tidor best tau.. siap boleh mimpi-mimpi lagi..ahahaha
sekiaan, TQ.
credits,iluvislam.com

KHATAM QURAN DLM SEBULAN
Assalamualaikumm w.b.t
Hari ini dan semalam Rina dah puasa.. korang puasa tak?.. puasa?.. baguss Good! :D Korang tau tak puasa pada bulan Muharram ni.. kita akan diampunkan dosa-dosa pada tahun yang lepas.. InsyaAllah ..
okay semalamnya puasa tak Sahur pon..tapi Alhamdulillah boleh jugak bertahan sampai waktu berbuka..hehehe.. hari ini Alhamdulillah jugak sekali lagi Rina dah KHATAM Al-Quran..hehe..lagi satu nak share dengan korang satu tips macam mana nak khatam 1 bulan je.. camnie..
.
.
.
1 hari korang baca dalam 20 m/s..
20+ m/s = 1 juz
nak senang.. kan ada 5 waktu..so,
20 / 5 = 4 kan..
maknanya.. 1 waktu 4 m/s..
jadi.. cukupla 20 :)
jadi boleh la korang khatam 12 kali setahun ..
.
.
.
.
kannn??... hehehe..
okeylah sekian sahaja untuk malaam ini :DMonday, November 28, 2011
Thursday, November 24, 2011
tutorial : edit susunan gadjet
Assalamualaikum w.b.t ..
for the new bl0ggerrsss :D
this quite simple ^w^
apa tu gadjet? dan kat mana?
Gadjet tuu masa korang bukak dekat design..pastu tekan page element..
kat situ la dia..
kira macam apa yang ada dalam blog korang la..
kat situ kalau korang nak susun gadget korang..korang klik je mana-mana gadjet pastu alihkan mouse..
haa then letak je la mana-mana yang korang nak..
that all TQ..

Novel dah sampai~
Assalamualaikum.. hye dan babai~~..eh-eh.. dan Selamat Sejahtera laa...
aha~ aha~ yeah~ yeah~..
-Rinaaaa!! gilaaa ke? -..
. eh eh..mana ada?. tak da pon?.. korang apa tahu.. Novel yang saya order dah sampai mesti la happy heheee~ .. Sebenarnya kelmarin dah sampai..saja baru cakap.. :) Kasi surprise..
Surprise tak? surprise tak?! Surprise takkkk?!!!
hehe..
best sangat tau novel ni.. yelaa bukan duit saya pon.. duit mak saudara.. kira tolong baca la ni.. hehe.. meh kasi intro sikit mana tau..korang pon nak baca kan.. ;)
tanpa membuangair keeil masa baca la ye? ..
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
*******************************************************************
haaaaa haaaa.. ape?.. bestt?.. memang..HAHA.. tak best?.. apesal pulak? lain orang lain pendapat!..okeeee laaa.. -_____-"

tanpa membuang

Lawak Nama Watak Lawak Kampus
Assalamualaikum.. Hye dan Salam Ceria
Okay.. pada entry kali ini Rina nak kongsikan lawak kepada anda semua..
treng-treng-treng~!..
Sebelum tu.. korang tahu ke tak Lawak Kampus tu apa? tak tahu?.. Ok.. Mari Rina terangkan..
Nampak dah ? Ala.. takyah terangkan pun dah tahu kan...sape tak kenal Keith? ..
Pelukis yang termasyoooooor~..lawak-lawak dia memang lawak.! ( dah memang cerita lawak pon kan )
kk..dah la tuuu.. mari saya mulakan...
sebenarnya ni adek Rina yang sebut tau..
Kakak Rina yang suruh beliau sebutkan saja-saja.. -____-"

1.Froggy - lulus
2.Aditas - lulus
3.Yumi - lulus
4.Ami - lulus
5.Bepop jadi Bepok - hampir meluluskan diri (bunyik laen)
6.Anthony jadik ANTEHONI - hampir lulus jugak..(bunyik sedikit sengau)
7.Vaness jadik VANIS - tak lulus..(hampir tergelak)
8.Unknown jadik UKONOWONG - tak lulus..(tahan gelak)
Dan akhirnya pelukis tu sendiri Keith become KETIH !
pandai adek saya.. xDkitorang gelak sakan.. hahahahaha!!
Wednesday, November 23, 2011
Sejuk . Demam . Panas
Assalamualaikum.. hye dan selamat sejahtera.
Hahahaha pelik kan?.. mula-mula sejuk.. pastu deman . then panas?..
lu pesal Rina?.. buang tabiat ka? ..
haishhh hang jangan duk kato lagu tu aku waras lagi..
ye laa dah sejuk ...demam laa..panas tu condition badan sekarang bile dah sembuh ..
dah pakai sweater baju belapih-lapih..panas laaaa...kalau tanggal...sejuk balik..
musim tengkujuh biasa la hujan..macam dekat negara salji dah ni.. ceh lebih-lebih la pulak.
oke laa ... tu je lah untuk hari ni.. dah-dah.. cukup-cukup lah tu..

5 tips tahan malu
Assalamualaikum.. hye~ salam sejahtera.
Meh-meh,.. Rina kongsikan kepada korang 5 tips untuk TAHAN MALU..
hahaha kalau korang rasa boleh guna,. guna la.. saya tak jamin 100% hehehe.. :D
1. Malu Kerana Bulu Hidung Keluar ~
aiseyy!.. Macam mana boleh terkeluar ni?? Depan ramai orang pulak tuu.. ayoyooo~,,
ahaha.. sabar sabar sabar.. ape kate korang buat-buat jatuh pastu cakap AUCH! sambil sebelah tangan gosokkan hidung and sebelah tangan lagi pegang dekat tempat yang sakit tu..haaa kan?.. hehe
2. Malu Kerana Pakai Baju Terbalik ~
haii.. cuainyaa macam mana boleh pakai baju terbalik nie??.. Dahla takde toilet kat situ?.. oke-oke..Kalau kawan korang tanya.. cakap je yang ni fesyen..ehehehe
3. Malu Kerana Salah Dial Number 0rang ~
haaaa tu laa lain kali slow-slow la dial nombor tu.. :) kan dah salah.. orang tu angkat pulak aiyoo~. Korang pandai-pandai la COVER cakap " Ni bukan Pak Sameon Kg. X ke? " bantai je nama orang.. haha.. pastu kalau dia cakap bukan.. korang mintak maap jela.. pastu tutup.. hah?.. kan dah settle?.. Jaga-jaga tau mana tahu yang korang dial tu orangnya betol-betol Pak Sameon?.. hahahaha
4. Malu Kerana Salah Langgar Orang ~
Debuk! bunyi.. Hah! Cepat-cepat korang cakap.. Pencuriiiiii!! Mana enkau nak lari haaaaaa?!.. pastu mintak maaf kat orang yang korang langgar tu . Cakap la tadi tengah kejar pencuri. Halang orang tu kalau dia pon turut nak kejar cakap "Takpela Encik. Dah jauh dah."
5. Malu Terpijak Tahi ~
SPLAT! ewwwwwwwww!! Erghh ! Dah la ramai orang tengok.. Camne nii??.. TT__TT
haaaa.. kalau dah ada berdekatan dengan kedai kasut tuu.. Apakata tanggalkan saja dan berlakon dah putus / koyak / tumit patah,. pastu buang saja dan beli yang baru..muwahahahaha *ingat Aku orang kaye ke?!*
hehehe..
Okayla.. Camni... jangan panik.. Lari!!!!!!!!!!
"Setiap manusia ada sifat malu..itu menunjukkan anda normal.. :) "
ada korang nampak orang tak normal malu? ada? ada? kalau ada pon malu-malu kucing sebab nak mengorat korang latuuu.. hihihihiii..

Tuesday, November 22, 2011
New design
Thursday, October 13, 2011
Cerita Syahdu ::
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?" Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah."
Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu."
Dia menyambung lagi persoalanNya, "Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?" Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu." Dan...
Dia terus betanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!" Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, "Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum." "Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?"
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?" Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. "Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?"
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara."
SambungNya lagi, "Kini... adakah kamu menyintaiKu?" Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah..." ..Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."
Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?" Dia menjawab "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya."
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..
Thursday, October 6, 2011
Drawin'
kite stop lu knlkan org...ekgi ar sambung....hehe...
kk...
ni lukisan syer...xar come aner...=w=
er...tgok je laaa...
DOMO!!...lalala..>w>
ASH :)
baru wak saknim..ngeh3... bear GEMOK.hahahaha!
kk...
ni lukisan syer...xar come aner...=w=
er...tgok je laaa...
DOMO!!...lalala..>w>
ASH :)
baru wak saknim..ngeh3... bear GEMOK.hahahaha!
Wednesday, October 5, 2011
Puang ( 1 )
For Ur info..this my group..kitorg selalu lepak same2...:D
Hikmah ..comey` She stick together with Hana.. people said her face look like me?.
Ain a young girl..hahaha I'm always bulliying this kid hehe
Mai .. korean girl (actually.. all of us are fan of korea..except .... ) Shes adorable.. ^w^
Sa.. people keep callin her " jelingan maut " hahaha.. shes innocent outsite but in.......
Win .. she usually get BLUR..hehee
Subscribe to:
Posts (Atom)